Monday, September 14, 2009

Salam Aidilfitri....

Salam Aidilfitri ditujukan buat semua staf kk kulim...dan semua pelajar kk kulim dengan ucapan semoga bergembira di Aidilfitri ini. Mohon maaf atas segala ketelanjuran kata & perbuatan samada yg disedari atau tidak......Jom balik kampung!!!hehehhe....

Friday, August 14, 2009

Biodata RASULULLAH...hayatilah...

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambutkelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiranpaderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebihmengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikahkecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itukita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologihidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebihmencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW·
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang kota Kaabah).· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW).·
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN·
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN·
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.USIA 8 TAHUN· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).·
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentangpengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.

USIA 20 TAHUN·
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja...· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN·
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untukmeminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN·
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.

USIA 40 TAHUN·
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.

USIA 53 TAHUN·
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN·
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAWIBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)

****** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikalBaginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersuamuka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaranapa yang disampaikan oleh Baginda.Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik..
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuransederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramaibaginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka..

KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contohsepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. "Berselawatlah selalu...semoga kita dapat bertemu dengan RASULULLAH di akhirat kelak...amin.."

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama aku tak menjengah ke ruangan blok aku nih...baru hari ni rasa berkesempatan utk mengisi kembali blog aku ni.huhuhu....Aku kini berada di bumi BORNEO! Politeknik Mukah.Poli dalam hutan..hehe...hutan pun hutan lah.asalkan aku tak jadi orang utan..kikikiki..Perjalanan ku ke Mukah penuh dgn ranjau yg berliku.cewaaahhh...ye lah...dari KK kulim..aku kene balik johor dulu.angkut segala barang2 peribadi.aku ni dah mcm bawak lori yg sarat dgn barang2.org dok perati jer...kete mengelip dari jauh.bile dekat tgk dh mcm tokey pasar malam.aku wat dono je lah...yg penting aku sampai di johor dgn selamat.Sampai umah...mak aku mengekek gelak tgk kete penuh sendat dgn brg.hehehe...

Sebelum bertolak ke Mukah..kat air port sempat lg aku posing dgn adik aku yg kecik cenonet ni.walau sbnrnya ade peristiwa yg tdk diingini berlaku kat air port...uwaaaa...aku tanak ceter.tak syok...huhuhu....flight aku dari JB ke kuching....sampai kuching kul 8.40 mlm.nasib baik la ade sahabat ku mia.leh la tumpang umah dia.kalu x...mesti merempat aku kat air port kuching.pastu esok pagi aku teruskan perjalanan ku ke sibu.aku tak dan nak amek gmbr la.sbb penat sgt.nak angkut beg yg berat mcm bwk peti besi berisi emas.huhu...sampai kat sibu plak..aku naik teksi menuju ke jeti.aku tak naik bas.sbb ngeri la dgr diorang ceter.jalan ladang yg telah byk meragut nyawa si janin.dan...jalan yg bole membuatkan tudung kita terpusing 360 darjah.eeeeee....aku lom bersedia nak melaluinye.baik aku naik bot.hehehe....

Di jeti sibu...aku naik speed boat yg akan menjuju ke dalat.perjalanan mengambil masa kire2 2 jam.perghhh....mencabar sungguh.dah mcm hoping island..tapi masalahnya...banyak giler kayu kat sungai tu.kalu langgar bole bocor bot.dah la safety jaket xde.penumpang penuh lak tu.siap kat atas bumbung pun penuh.aku rasa nak mcm kat india plak..penuh penumpang atas ketapi...aku tawakal je lah...nasib baik la pilot speed bot ni tere.dia siap buat lap lg tu...nak elak kayu...pastu siap leh bediri plak.cewahh..aku tak kisah la ko nak wat gaya ape...kuak kupu2 ke...kuak beruang ke...yg penting aku nak selamat jer....sepanjang dok dalam bot tu aku hanya leh dgr je diorang sembang.dlm bhs melanau.kejap2 aku sengeh...mcm org paham la...tp diorang lebih faham rupenye yg aku tak faham.pastu diorang pun ckp la campur2 spy aku leh faham....hehehe..dari situ aku pun tau la sket2 sejarah sungai tu.....dan akhirnya.....aku sampai juga di jeti dalat...di situ...husband ku yg tercinta telah menunggu...hehehe....alhamdulillah....

ha...ini kiki dan didi.teman aku waktu husband aku 2 minggu g induksi...sonok tgk depa ni.depa jugak la kawan aku bercakap krn kesunyian tak dak geng.huhu...comey kan??tp depa ni dah jadi arwah pun.sbb kiki n didi sakit.eh silap...arwah kiki sakit.tersedu2 aku tgk arwah kiki mati.pastu tinggal didi je sorang.eh silap...sekor.pastu didi pun menjadi arwah.mgkin sbb sunyi tade geng.arwah didi pun jatuh sakit gak..huhuhu....pergi tanpa pesan kpd ku....wasiat pun xtinggal.zuriat jauh sekali.....huhu....tak dapek den nak selamatkan.aku mane reti nak rawat haiwan...huhuhu....

emmm...so far...seronok gak kat sini..(ala..utk menyedapkan hati jer!)sbb mungkin aku akan berada disini utk 3 tahun..atau...mungkin 4 tahun...tapi bukan utk selamanya...huhu...tak ape lah...dimana bumi dipijak...disitu disitu langit dijunjung..(wah kuat giler aku nak junjung langit!nak junjung brg pun menggeletar lutut!hehe)

Ini aku yg paling latest.dok kat kedai makan tepi laut...sambil menghirup udara segar.setelah beberapa minggu menghirup udara jerebu.huhuhu...tp alhamdulillah semua kembali sepeti sedia kala...

emmm....ape kabar wahai pelajar2 di kolej komuniti kulim??semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat.Macamane ngan pointer yang lepas?harap2 semua dpt pointer yg bagus2.ape2 pun teruskan belajar....jangan putus asa bagi yang kurang cemerlang.kegagalan bukan bermakna awak akan gagal untuk selamanya.tapi kegagalan adalah titik permulaan kepada kejayaan.so...jgn tension2 k.....all the best to you...utk semua staf di kk kulim...miss u all...so muuuucchhh...huhuhu
"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA WARGA KK KULIM DAN SELURUH UMAT ISLAM, SEMOGA IBADAH DIBERKATI OLEH ALLAH SWT.MOHON MAAF ATAS SEGALA SALAH SILAP. CERIA-CERIA SELALU.JGN BUAT DOSA YER!"

Tuesday, May 19, 2009

+ pesal dia (ira) ni suke tag aku ek? minat sgt kat aku ler tu.hihi..+

1. Bekas kekasih saya adalah
~ Bekas gigitan afif di bahu ku...hahaha...(tu baby la!)

2. Saya sedang mendengar
~ Lagu bidadari~KRU..hehe..my pebret song...sejak2 darjah 6 lg....mmg minat giler la...

3. Mungkin saya patut
~ reply ym kak liza.....dari tadi asyik ting tong je tu...dia bosan xde org dlm bilik PSH..haha...

4. Saya suka beli
~ Kentang goreng MCD kat sbrg jaya (tmpt lain xbest!)...yamiiii...cedapnyer...telan ayaq liur...

5. Sahabat-sahabat baik
~ sape2 yg tidak mengkhianati persahabatan itu sahabat ku...hihi...

6. Saya tak paham
~ Nape ada org suke tipu org lain...padahal dia sendiri tak suke ditipu....pelik....tak paham tol!!!

7. Saya kehilangan
~ pengarah & KJ minggu depan....uuuwaaaa...tak syoknyer.....

8. Ramai yang berkata
~ ko ni lawak la.....sengal pun ye gak...hahaha....

9. Makna nama
~ Faizah = Kejayaan, Hani = Yang tenang

10. Cinta itu adalah
~ Fitrah semulajadi anugerah Ilahi.....sangat indah jika kita tahu menghargainya....

11. Di suatu tempat
~ Di depan kolej aku nih, aku tengok kiri dan kanan, cari kot2 ade cucu kak nab.....kalu ade mmg aku x turun dari kete...tunggu sapai depa anak beranak blah baru aku turun dgn selamatnyer...hihi...

12. Saya akan
~ cuti lagi....3 hari...untuk seseorang yang sgt istimewa...hihihi....poyo!!!

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
~ Forever.....

14. Telefon bimbit saya
~ K660i (cabuk jer....)

15. Bila saya terjaga dari tidur
~ Bangun....tutup kipas....tgk jam....ah awal lagi....tarik selimut....

16. Saya paling meluat apabila orang
~ suka cakap tak serupa bikin......cakap mcm bagus jer....blah la......

17. Pesta/Parti adalah
~ Parti Islam Sedunia....(PAS...hahaha...) atau pun suprise parti ira....hihihi...

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
~ CJ7......eeee...tomeynya....eh bkn haiwan ek?silap la plak.....emmm cucu kak nab..wakakaka....yg paling comel skali adalah anak kucing yg jatuh dlm longkang blkg umah....cutenyer dia menggigil sejuk....cian dier...

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
~ awal 20-an.Masa kat Poli PD...mmg syok giler....kwn2 sume same2 giler...hehe....diorang de best.....

20. Hari ini
~ Aku rasa cam tak best...tak syok...tak tau nape la....lamanyer nak tunggu 30/6 huhuhuhu....

21. Malam ini saya akan
~ Lipat kain yg basuh arini....kemas2 meja yg berselerak....tgk tv...mkn nasi lauk sardin yg ira masak....dan tido dgn senyuman....hehehe..

22. Esok pula saya akan
~ Paksa ira p klinik gigi...sbb gigi dia dah kronik.....degil dak tu...eeeee....

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini...
~ alamak....krim dah abes...lupe lg nak beli..tak pe.pakai bedak je lah.....

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan paling best ialah
~ Pasaraya khalis..hehehe...nape best.sbb dia bessssttt.....hahaha...dekat je ngan ban you....

26. Makanan Barat atau Jepun
~ sibuk je ira tu.....MCD jugak...tak kire!!!

27. Bilik yang terang atau gelap
~ Malap2 ala lampu nak abes bateri....waaaa...romantiknyer...hehe...mmg tido ngan lena...tp gelap ke terang ke...kalu dah ngantuk..aku belasah tido jer.....

28. Makanan segera adalah menggemukkan
~ Gemuk ke?entah...tgk ira tak gemuk pun...hehehe....entah....bkn salu pun mkn....

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
~ Alamak...kene jadi mc....saya tak reti la nak mengharmonikan majlis...ira pandai...hehehe....

Friday, May 8, 2009

^^ Perubahan Besar Di Kolej Komuniti Kulim ^^

16.06.08 adalah tarikh keramat di mana aku memulakan tugas di Kolej Komuniti Kulim.huhu...terlalu ngilu hati aku bila memandang keadaan kolej yang sekangkang kera...."ya Allah...kolej ape ni?cenonetnyer?" hati aku ckp...bkn nak hina.tp mcm tak sangka la...ade jgk kolej yg comey mcm ni.hihihi....ye la..sblm ni aku praktikal kat politeknik yg beso.kalu xbeso pun tinggi...sekali dpt yg kecik mcm ni..kire aneh la sket...tapi oleh kerana ini adalah posting pertama ku...so aku gagahkan diri...aku kuatkan hati dgn niat yg satu....iaitu bertugas kerana ALLAH!!demi mencari rezeki yg halal.pastu.....aku bertugas la mcm biasa.....2 minggu yg terawal terasa sgt buhsan.huhu...mmg perasaan yg sangat tak best la."camne la aku nak teruskan keje kat sini ni??bole ke....tak best nyer......"huhu....dari hari berganti hari...berganti minggu...berganti bulan...aku dah bole sesuaikan diri.kerana ada orang2 yg membuat aku dan ira seronok bekerja di sini...hehe...mereka2 ni bukan org lain.ofismate yg menjadikan kerja kat tmpt cenonet ni mmg syok dan best.masuk plak pelajar2 baru yg happy go lucky....makin seronok aku di sini.seronok dpt mengajar mereka...dan aku sendiri merasakan yg aku tak pernah melayan pelajar sebelum ni dgn begitu akrab seperti aku melayan pelajar di sini.mereka juga yg membuatkan aku seronok berkerja di sini.bak kata bos aku "kerja yg penting adalah happy"ape yg penting?kerjasama...hehe....pastu dtg plak bos baru yg kedua...aku memula mcm risau dpt bos pempuan...tapi..alhamdulillah..bos aku ni mmg best...sporting dan menjaga kebajikan kami sbg staf.ya Allah...mmg susah la aku nak dpt bos mcm ni.aku tau.....aku terlalu hargai dia.walau dia melayan kami seperti adik2 dia...tapi sebagai anak buah..aku tetap menghormati dia.She's the best....Tapi.............................

Akan datang akan berlaku perubahan yg amat besar dalam pengurusan dan pentadbiran Kolej Komuniti Kulim.....sebahagian ketua dan bos akan bertukar dan naik pangkat.sebahagian besar pensyarah yg lain juga bakal ditukarkan ke tempat lain.pelajar2 yg dulunya membuatkan aku gembira utk bertugas di sini juga akan keluar menjalani latihan industri....ya Allah....kebanyakan kekuatan ku di sini semua bakal keluar....tak syoknyer....mujur la pelajar2 yg baru masuk sem lepas juga pelajar2 yg baik2 dan ceria...tak la sunyi sgt kolej ni nanti...huhuhu....pengurusan dan pentadbiran juga akan bertukar.Jika dulu aku selesa bekerja di bawah bos yg sekarang..aku bakal bersedia utk bertukar corak pentadbiran bos yg baru kelak.adakah kebajikan staf akan terjaga seperti skrg???aku harap begitu lah.....tapi yg pasti....aku sedih....sedih la camni....uuuwaaaaaa......tak bestnyerrrr......huuhuhu.....

Monday, May 4, 2009

....Pelajar Oh Pelajar.....

Penilaian pensyarah yg telah diadakan benar2 menunjukkan pelajar zaman skrg ni tau menilai atau saja2 nak hentam pensyarah....Markah yang diberikan ada yg tidak munasabah langsung.....(Hemmm....mmg sah hangpa nak hentam kami!)..Adakah ini yg dinamakan pelajar yang tahu mengenang budi???Inilah luahan hati sebahagian besar pensyarah KK Kulim.....

Dulu...waktu aku belajar di Poli dan di Universiti...Aku cukup segan dengan pensyarah aku.Kalau jumpa atau terserempak dgn mereka....kalau bole kepala ni di sorokkan...mmg aku nak sorokkan.mcm kure2 tu....sebab rasa malu dan hormat pada mereka...Tapi pelajar skrg???Kami tak kisah pun...tak mengharap la yg pelajar akan sorok muke dlm baju....tp cukup la sekadar pelajar menghargai segala usaha kami utk berikan yg terbaik utk pelajar semua. Di sini....sebenarnya kami terlalu banyak berikan pelajar kesenangan....Nota kami beri.....tlg photostet lg....kalau tak dtg kelas kami cari....siap ada pensyarah call lg..."bedot...kenapa xmai kelas?"....assignment anta lewat..."emm...xape"tu aje yg lec jwb...tak pun "sy tolak markah awak yer awak anta lmbt!"...walau sbnrnya gertak aje....bkn tolak pun markah tu(tak sampai hati!!)....waktu belajar...kalau student ngantuk...bagi gule2..bg cekelat....nasib baik tak bagi bantal skali....kalau lec pegi bercuti..atau pegi kursus ke...pegi meeting ke kat memane....balik bwk ole2 utk student.....sbg tanda ingatan kat mereka....seronok tgk depa seronok!!Bila ada kelas malam..siap suruh driver p amek.....sape yg perlukan transport.....bila pelajar ada masalah...pensyarah akan cube mencari jalan penyelesaian....satu lagi yg pelajar tak tau...pensyarah2 ni dah berbincang....program ape nak buat utk pelajar2.....lawatan ke mana nak bawa pelajar...sebab kesian kat pelajar....kesian pelajar kita tak kemana2.....(kami bukan mengungkit!tapi ini lah realiti...yg kami xpenah dpt dulu waktu belajar!)

TAPI....pernah ke pelajar2 ni kesian kat pensyarah2??pernah terfikir ke ape perasaan pensyarah?bile mereka menjawab dengan suara yg kasar....bile disuruh buat kerja tak mahu buat....bila di beri tugasan selalu merungut....bile jawab kuiz atau test selalu mendapat markah yg rendah....bila membuat penilaian pensyarah..memberikan markah yang tidak sepatutnya kepada pensyarah yg banyak berkorban......ini kah dia pelajar yang mengenang budi???Penilaian pensyarah bukan dibuat utk suke suki.....saje2 untuk ditanda sbg gurau2.....bole tanda 3..tanda 2...tanda 1.....kalau betul itu kelemahan kami.tak pe lah....tapi mmg tak berbaloi!Adakah kami berpakaian yg tdk sesuai semasa pengajar??itu pun dpt markah rendah....kelakar kan???sebenarnya markah itu akan direkodkan dalam rekod perkhidmatan yang akan dipegang sampai mati!!!so.....?faham2 lah......pelajar tak pernah tau mcmne gelabahnya pensyarah bila buat markah PB pelajar...tiba2 pelajar tu markah tak cukup utk melayakkan dia utk ke final exam...hehe..ingat saje2 je kami nak biar pelajar tak masuk exam??kami tetap akan berusaha utk melayakkan mereka.......berusaha mencari markah yg bole membantu pelajar....tapi pelajar menilai pensyarah????hemmm...fikir lah sendiri.....

Pelajar2 semua....kalau nanti diizinkan awak semua pergi melanjutkan pelajaran...dan awak berjumpa pensyarah yang lebih baik dari pensyarah KK Kulim....memang ini semua salah kami yg tak pandai mendidik pelajar semua.....atau terlalu memanjakan pelajar....dan ingatlah!!!Pensyarah umpama guru yg mendidik pelajar semua.Keberkatan ilmu yang dipelajari adalah dari doa guru terhadap pelajar nya.....

Sunday, May 3, 2009

~ Kisah lelaki tua dan 3 orang anaknya ~

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben.

"Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben?

"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap.

"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis.

"Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Anis?

"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.

"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Amsal.

"Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang.. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.."

Lalu Amsal menjawab.

"Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek.

Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun. Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA, Anis ialah ANAK-ISTERI, dan Amsal ialah AMAL-SOLEH.Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).

Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang lima . Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Thursday, April 30, 2009

** say Cheeeeeeeese....klik klik **

"Cepaaaaaaaaaaaaat turun!!!nape yg lmbt sgt tu?panas ni...." Ade sorang aweks yg terjerit2 dari bwh menunggu model2 turun.hahaha.....maklum la....puteri2 lilin ni takut caiyak kene panas...Baru 10.30...tapi panas masyaAllah....depa semua ni kene dera..berjemur kat panas...kesian....hehe..tp bukan la lame sgt...2 minit jer..."okey...ready semua..senyum!!!tangan letak elok2....kontrol jiwa!eh silap...kontrol macho...."KLIK!.....skali lagi....KLIK! dua kali klik jer....dah siap dah...hehe...bukan selalu pun nak merasa sauna original....hehe..leh la gugurkan peluh2 yang byk terkumpul kat dlm badan tu...hehe...neway...thanx to all my students for ur coorperate...ini yg pertama dan mungkin yg terakhir...(mane nak tau kan!ajal maut di tangan TUHAN!) utk kenangan kita bersama....So keep in touch our sweet memories......LOVE U ALL...hihihi

Monday, April 20, 2009

** i'm looking for this guy **

Sape-sape yang terjumpa this guy..plzz return back to me....Puas dah cari merata2...kat ceruk2 semenanjung mesia ni....dlm peti ais pun cari...tapi tak jumpa....uuuwwaaa....kat mana nih??nape tade??Rupanya dia kat MUKAH sarawak.hehehe....now he is working at Politeknik Mukah as a lecturer. Berada jauh dari ku tak bermakna jauh di hati. Yang penting jujur dan saling mempercayai....Masa ni lah nak melatih diri untuk memahami di saat berjauhan....sbb dgn hasutan syaitan..kita mungkin berprasangka yg bukan2 jer ttg dia.....Its a little bit hard being too far with my hubby....but its ok for me....i wish to be with him....one day.....hope so....amin....

Haaaa....SAPE TAK SEMBAHYANG???

ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ………

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi ..Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran" . Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam……Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Orang yang tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam "sepenuhnya" kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

:: 7 Ayat CINTA ::

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahma nnirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya...amalkanla h selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Thursday, April 9, 2009

alhamdulillah.....lega rasa hati....

"Alhamdulillah......" satu tanggungjawabku telah selesai...menegur apa yg patut kepada mereka yang bergelar student...yg telah ku anggap seperti adik2 ku sendiri....seperti anak2 ku sendiri...(walaupun ku belum ada anak lg.hehehe..)

Semoga selepas ini....kalian akan bertambah erat. Buang yang keruh, ambil yang jernih...kita sama2 perbaiki diri....setiap masalah pasti ada jalan keluarnya....sengketa yang kita cipta..kita juga lah yg meleraikannya.....

~ Hidup ini indah.....jika kita tahu menghargainya..... ~

Tuesday, April 7, 2009

~ S0rRy tO aLL mY sTuDenTs ~

Bila hari sukan menjelma....tiba masanya utk dua org lecturer menjadi kelam kabut yg maha dasyat....sebab waktu ni la kerja datang bertimbun2....tugas mengajar sudah semestinya...tugas sampingan menguruskan sukan..itu pun tak bole lari....tugas lain yg kene pikul...jgn kata lari...nak beganjak kaki pun tak leh....mcm tu la dilemma kami semua lecturer yg ada...

Sebenarnya kami sedih sbb tak mampu untuk sediakan yg terbaik utk pelajar semua jalani latihan sukan sebagai wakil kolej....kita semua mahukan yg terbaik...tp dari segi kemampuan..hanya ini lah yg terdaya kami lakukan....

Harap sgt semua yg terlibat dalam sukan akan faham..dan mengerti akan kekalutan kami ni....kita hantar awak semua bukan semata2 utk kalah atau utk tanggung malu...Kami faham awak semua kurang latihan...kekalahan kita bermaksud bukan rezeki kita..kita dah usaha yg terbaik...Kita bukan org yg menyerah kalah...betul?? Kerana itu lah...walau kurang mana pun latihan kita...kita tetap berjuang...demi membuktikan keupayaan kita.

Walaucamne pun....saya dan cik ira berbangga dgn semua pelajar yg terlibat kerana berusaha dgn sebaiknya utk menjayakan sukan kita ni....Thanx to all of you...becoz we did the best....walaumcne lemah pun kita....."berpantang maut sebelum ajal"..kita buktikan yg "kita boleh" walau kita serba kekurangan...hehehehe WE LOVE YOU ALL....

Monday, April 6, 2009

layan mawi feat kru - sujud. semoga jadi pedoman buat semua manusia yang ditimpa musibah. semoga tabah.

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......Hanya mampu sujud.....

[KRU]
Pernah kulihat merekaYang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

[KRU & Mawi]

:: To All Smokers ::

Insaf lah....hehehe...

Friday, April 3, 2009

~ cantik di HATI...~

Petua Mencuci Hati

1. Diri kan SOLAT dan banyakkan berDOA. Semasa berdoa turut katakan : "Ya ALLAH, jadikan HATIku bersih."

2. Selawat ke atas Nabi MUhammad S.A.W. paling minimum 100 kali sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang mudah sayangkan diri danmencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat, selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran ia mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif, jangan sesakali mengkritik, mengutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Sebaliknya sebutkan perkara yang baik-baik. Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata.

Moral : Jangan conteng dinding!!!hehe

Wednesday, April 1, 2009

^^ Puzzle Of My Heart ^^

^^ Hati kita umpama sebuah Puzzle. Setiap keping puzzle sangat berharga dan sangat diperlukan untuk melengkapkan sebuah hati. Kepingan puzzle mempunyai maksud dan ciri yang tersendiri kerana ia berkaitan antara satu sama lain. Puzzle yang terakhir adalah pelengkap hati kita. Jika yang sekeping itu hilang..maka pincanglah hati milik kita. Begitu juga dgn kehidupan....kita saling perlu memerlukan....untuk melengkapi hidup kita... ^^

ROMANTIKNYA RASULULLAH S.A.W.

ROMANTIKNYA RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain.. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka. Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga.

Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa. Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga. "Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

Tuesday, March 31, 2009

"Hati ku x keruan......dibuat student ku...."

Sejak akhir2 ni....tak tau lah kenapa...ada saje masalah yang datang....tp yg paling aku risau adalah student ku sndr....tak tau la masalah berpunca dari mana?adakah dari aku yang jarang amek berat ttg mereka skrg ni??atau mereka yg terasa diri diabaikan oleh aku??atau sebenarnya mereka telah jauh dari aku?? Aku tak tau la......

Sedih sangat rasanya....wahai student ku sayang....mama mu bermohon....jangan la bikin hati ku gundah gulana....mama mu ini sgt la susah hati tgk korang sume mcm ni....walau ape pun ygterjadi..ingat satu perkara....zaman remaja adalah zaman yg paling indah untuk kita lalui....hargai masa ini dengan sebaiknya...jangan bergaduh sesama kawan...kita umpama adek beradek....bergaduh sat..pastu berbaik la...lebih 3 hari tak bertegur...tak cium bau syurga tau...belajar rajin2....jangan nakal-nakal.....walau hebat atau kuat mana pun sayang kita pada si 'dia'...namun kawan adlh segalanya....jgn dibuang kawan2 yg kita dh anggap mcm adek beradek kita sndr....

Ingat yer pesan mama!!! Hari ni kita bergaduh.....jika esok kita dengar berita ttg pemergian kwn kita kembali padaNya...kita takkan sempat nak mohon maaf pada dia.....masa tu..kita akan menyesal seumur hidup kita....kerana dosa kita yg dibawa bersamanya...tak sempat utk kita mohon maaf dgn dia....

aku di'tag oleh ira.....

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
^^My hubby...my family...my friends.....(sbb aku perlukan mereka dlm hidup aku!)
yg lenlain....duit,hanset,kereta,rumah,baju,kerja (pendek kata...semua penting lah.panjang x kata ape2 pon!)^^

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
^^ape ek...mcm2 la aku beli...tp bulan ni x shoping lg.haaa....yg last skali aku beli adalah bunge gerak2...hehe...flip flap....abg aku geleng kepala je tgk aku.dia kata "mcm mainan kanak2" huhu^^

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
^^aku dah kawin la.tp aku x kisah sgt.yg penting selamat diijabkabulkan...^^

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
^^Hingga ke dalam syurga......hehehe...^^

5. Adakah anda dilamun cinta?
^^Cintaku yg utama adalah kpd ALLAH S.W.T. Selebihnya adalah kpd suami tercinta, mak dan abah dan adik....^^

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
^^Last skali p mkn ngan ira senget kat chef dett. dgn hubby last skali kat N8...malam sblm abg berangkat ke MUKAH..huhuhu....uuuwaaaa...^^

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
^^Buku dr Tuah...tajuknya "Membina Jiwa Serasi" tapi lom baca...wakakakak....^^

8. Apakah nama penuh kamu?
^^Faizah Hani Binti Abdul Rashid^^

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
^^Aku lebih senang sembang dgn mak.semua bende aku ceter.tp dgn abah pon ok jer.....cume xlah sume bende aku ceter kat abah.Tapi dua2 aku sakat jer...hahaha^^

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
^^Untuk pertama kalinya...aku mmg teringin sgt nak tgk muke baby comel...yg dilahirkan dari perut ku sendiri...^^

11. Christina atau Britney?
^^hah...ape barang jumpe diorang ni!Not my taste!^^

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
^^Mmg la aku cuci sndr......tp kadang2 org gaji aku cucikan...hahahaha...^^

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
^^Mane2 je asalkan dgn my hubby....jamban pon best.wakakaka...gurau jer.Tapi dari dulu mmg teringin nak g mekah.smg Allah permudahkan.....aminnn...^^

14. Pelukan atau ciuman?
^^Nak dua-dua...hahaha..tamak tol aku!!^^

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu
^^Budak tu???heheheh...inilah masanya....utk aku balas dendam...
hehe....dia...Sweet...gelabah puyuh....ceria...suke menolong....sengal2 ubi....hahaha...^^

16. 8 perkara yang amat saya gilai
^^Buku dr Tuah(2-3 bulan pas beli baru aku baca...bz la..hehehe)...tanam bunge (tp dh lame xtanam....xda umah sndr la...huhu)....driving wif my tet tet....gelak (bila ada benda yg wat aku gelak sakan)...blogging...(hobi baru...sbb disini tmpt ku menggedik.hehe)ape lg ek??coklat...(waaaa aku ckp suke mkn coklat.terutama cadburry...bites...cedapnyer....)...lg ape....ha...aku gile minum MILO....pagi petang siang malam....MILO jer.....kacau org..(sume org aku kacau...saja menghiburkan hati...)^^

17. 8 perkataan yang sering diucapkan
^^polot mak ko (kalo org sergah.hehehe)...Assalamualaikum....(masuk opis)....Afiiiiiiiiiiiif (dgn nada yg nyaring)....sengal ubi tol (utk org tertentu jer)....awat la gelabah puyuh ni (pon utk org tetentu jer)....Assalamualaikum....hai abg..(call je la...dalam nada........hehe maklum la jauh kan)....eeeeeeeeeee...keybod ni geram tol la(sbb key bod aku suke wat hal)....aaaaaa....lalat.jgn la kaco.aku gigit baru tau(Geram kat lalat yg suke menyebok)^^

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
^^Aku baca ape ek?? 1. Aku baca blog ira..n kak suba..hehehe... 2. nota Excel (haha!! sbb de kelas je pon) 3. Email 4. Paper kat tenet... 5. Msg (hehe) 6.Tajuk buku (tu je yg sempat skrg ni) 7.Surat jawatan tetap yg dah bape bulan aku dpt 8. 2 jiwa 1 cinta....(org dh kawin je bole baca yer!)^^

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
^^Semua lagu KRU...semua lagu era 90-an...st.12 PUSPA...semua lagu westlife....lagu2 yg abg aku nyanyi (walaupun salah lirik.sbb dia buat aku tergelak sampai guling2..hahaha)...ni dah lebih dari 8 lagu nih...ish...^^

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
^^banyak sgt....pengalaman yg terlalu berharga!!urus duit dgn sebaiknya....terjerat dlm perangkap yg dicipta sndr, oleh itu jgn cube2 main api...kelak terbakar diri sampai rentung....belajar erti sebuah kehidupan sebenar....."Setiap yg berlaku ada hikmah yang tersembunyi"

20. Mari mengetag orang2 ini
Sape ek....All my students....n my hubby..hehe...(Kalau dia baca la!huhu)

rahsia LELAKI!!!

1.lelaki tidak detail dlm percakapanCOntoh kEs:Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what's his commEnt dier just cakap:"mm..dah nak putus nak wat camne..."ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi HoBiCOntoh Kes:Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti?ALAsaN:Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.

3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.COntoh KEs:Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2 tue.

4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.Contoh kEs:Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!AlAsan:Sejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5.Lelaki tidak bergosipContoh KEs:Bila kita kata:""eh betul ke ni?" dia pantas memoTong:"pegi makan jom!dah lapar nie..."AlasaN:Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.ContOh kEs:LElaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:"eleh,macam tu pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau."Alasan:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.TiTik!

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam tangan dan apa saja!Contoh kEs:Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian kedai komik then sana,sini...semata-mata nak cukupkan koleksinya.Alasan:Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-asalkan bukan kekasihnya.COntoh kEs:Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat saja:"I tak suka ahh!! tukar lain..!"Bengang kan...?AlaSan:Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian "rangsangan" yang lainnya-- mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain...

Wednesday, March 25, 2009

Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dahlewat ni, i nak tido lah...."Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulaklipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendamlepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masaktadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak naksusu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu airmasak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check buburuntuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni laukbila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkanbaju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidaikaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tvlagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang,towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...oksettle...ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah,asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yangtertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hanginje...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...manaflyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nantilupa..ok settle...Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata naktido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis laktu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...naklawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..checkbaju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemutdah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskanbaju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...oksettle..dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk kebilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok,siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun taktutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umahaku...bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyaknya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel nikejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...takbagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli laskali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam nieh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha,ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerjabesok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkanmata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatandari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangatni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola puntakde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agakdah....So?....apa yang peliknya..??Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENABUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...setiap wanita adalahistemewa dengan cara mereka sendiri...Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untukkeperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

Monday, March 23, 2009

berada di alam 'cartoon'

~ Jika kita bole dilukis dan watak kita umpama kartun...mungkin kita sendiri bole melukis dan mereka jalan cerita yg best2 utk kita....tapi kesannya...kita tak kan melalui pengalaman hidup yang terindah..kerana semua adalah rekaan...Oleh itu, setiap pengalaman pahit manis kita adalah satu kenangan yang paling indah untuk kita kenang sepanjang hayat kita.Yang baik itu jadikan tauladan...yang kurang baik...itu lah pengajaran buat kita...utk kita buktikan pada semua bahawa pengalaman lah yg mematangkan hidup kita....Teruskan hidup...walaupun keadaan disekeliling kita berubah....kerana kita juga akan berubah pd satu ketika kelak...~

M.O.D.E.L. terhangat di pasaran....

Dua M.O.D.E.L. popular....menjadi rebutan para pengarah iklan seluruh dunia..hahahaha....

Saturday, March 21, 2009

~mY gOoD fRiEnD..oFisMatE..HoUsEmAte...sOulMatE...~

Awek yg kat sblh aku ni...dulu masa wat degree satu kelas dgn dia...xlah rapat sgt....cume sipi2 je....senyum2 kambing je la kalu terlalu kat sblh...pastu bile p program anak angkat kat muar....bleh plak jadi adek beradek angkat.pastu kitorang same2 sambg master....tapi xlah same kelas...umah pun selang 2 buah. Bila posting plak...tibe2 tersatu tmpt yg same...hehe...disebabkanitu..kami pun tertinggal lah dlm umah yg same....sampai skrg...walaupun aku dh kawin..harap2 xlah kongsi ***** yg same..wakakaka...tp still satu umah jugak.kalu dia xde....aku xde tmpt utk bergosip dan xde org utk aku membuat onar....kerana dia sering menjadi mangsa kejahatan ku..walaupun kdg2 dia salu balas dendam balik dgn kejahatan die plak...hehe...walauape pun......dia same je bengong nye ngan aku..hehehe...ira...cepat la kawin ira....syok wooo..heheh..kata2 smgt utk ira....

SPP 2B vs SPP 2A

Dulu SPP 2A dan SPP 2B ni xleh berjumpa....asyik la nak bertekak.Walaupun mama diorang ni sahabat baik. Tapi tu dulu la...skrg mereka dah kamcing.haaaa...macam ni la bagus....baru la cik ira n misshany cayang kat hangpa sume....hehehe...jangan nakal2 yer...study rerajin....

Sunday, March 15, 2009

My sweet students....

Gambar ni adalah Pelajar SPP sem 2A. Diorang ni sgt ceria, nakal, bijak dan aktif....Semoga kalian semua berjaya di dalam bidang yg diceburi...Doa saya sentiasa mengiringi perjuangan korang semua....jgn putus asa...teruskan usaha...caiyoookkkk.....aja aja fighting!!!

My Second Special Day

Bersanding di Felda Mata Air Perlis....pada 21.12.2008. Same dgn mawi beb...hehehe

~ My Special Wedding ~

Hari bersejarahku berlangsung pada 13.12.2008. Selamat Di ijab kabulkan dengan Anuar Bin A.Rahman pada pukul 11 pagi di Batu Pahat Johor.

Bersanding pada pukul 2.30 ptg.walaupun penat dan letih.....tapi kerana menjadi permaisuri sehari....tetap maintain beb!!

Doakan rumah tangga kami dilimpahi rahmat Allah....dan bahagia hingga ke syurga Allah.....