Monday, January 4, 2010

"bagai berkurun tak balik kg"

Wah wah wah...cik ira kite...bercerita mcm citer ngan afif lak dia.....hehehe...dah lame tol xbuka blog ni.maklum la....kat opis tu.....bkn leh buat dgn sesuke ati....suke suki dia je nal block2 blog org...xsuke tau.....tp akhirnya dpt juga aku buka blog aku yg telah diselaputi dgn habuk2...dan sarang labah2...dek krn lame xbuke....terpkasa la aku lap2...dan kibas2 dia...nak vacum...xde la plak...tiup2 je la....baru la nampak mcm blog org...kalau tak...dah mcm blog tikus mondok je gamaknyer.....

3-12/1/2010 aku bercuti bersuami tersayang....setelah aku berhempas punggung...eh..mane leh hempas punggung...berhempas cawan dan mangkuk2 menyipakan markah pelajar2 semua....di saat rakan2 yg lain sdg bergumbira bersama kuarge masing2...aku di opis masih setia mengkelebet markah2 pelajar...yg sungguh memeningkan kepala lutut ku...nasib baik tak longgar sume skru2....fuuhhh..beres juga akhrnya...dan kerana itu..aku telah mnghadiahkan diri aku sndr...percutian ke semenanjung..selama seminggu...yaaaaahhhhhhooooo.....syoknya....dah 2 mlm aku di batu pahat. Esok aku akan berada di perlis pulak....hehhee....3 hari di perlis...aku akan kembali berada di johor....sebab t percutian aku ni di namakan "my crazy vacation" hehehe....nakbuat camne...mak mertua dah demam rindu nak jumpe menantu...kene la balik jugak...hehehe.....ikan di johor...asam di perlis...dan kuali bikin asampedas...kekekekke......tak pe...asalkan aku bahagia...jauh dari tempat keje ku...hehehe...

emmm.....kalau la berkesempatan....nak sgt aku singgah ke kulim.....bole la jalan2..sambil tgk2 rumah sewa lama....hehehe...eh bukan rumah sewa yg tn umahnyer baik giler tu ek...ni yg xpenah jumpa tn umah....hehehe..ade sorang makhluk lg yg dok kat umah sewa tu....kesian makhluk tu....bersendirian je kat umah...jgn maya kering kacau dia kat umah sudah...hehehe....huhuhu...jelesnye la tgk aunty ira dpt jumpa buah hati dia...aunty hany pon rindu tau kat buah jantung aunty....tp afif mesti dah lupa kat aunty...uuuwaaaaaaa.....tak rela....nnt kalau jumpa....aunty peluk2 afif...mesti afif kata "eeehhh..ape peluk2 ni...." uuuuwaaaaa....xpe la...kejap lg aunty nak dpt kwn afif.........alamak...ceter xabes lg nak kene balik plak dah....huhuhu....

sambung lg nanti.....

Monday, September 14, 2009

Salam Aidilfitri....

Salam Aidilfitri ditujukan buat semua staf kk kulim...dan semua pelajar kk kulim dengan ucapan semoga bergembira di Aidilfitri ini. Mohon maaf atas segala ketelanjuran kata & perbuatan samada yg disedari atau tidak......Jom balik kampung!!!hehehhe....

Friday, August 14, 2009

Biodata RASULULLAH...hayatilah...

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambutkelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiranpaderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebihmengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikahkecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itukita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologihidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebihmencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW·
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang kota Kaabah).· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW).·
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN·
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN·
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.USIA 8 TAHUN· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).·
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentangpengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.

USIA 20 TAHUN·
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja...· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN·
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untukmeminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN·
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.

USIA 40 TAHUN·
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.

USIA 53 TAHUN·
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN·
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAWIBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)

****** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikalBaginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersuamuka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaranapa yang disampaikan oleh Baginda.Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik..
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuransederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramaibaginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka..

KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contohsepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. "Berselawatlah selalu...semoga kita dapat bertemu dengan RASULULLAH di akhirat kelak...amin.."

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama aku tak menjengah ke ruangan blok aku nih...baru hari ni rasa berkesempatan utk mengisi kembali blog aku ni.huhuhu....Aku kini berada di bumi BORNEO! Politeknik Mukah.Poli dalam hutan..hehe...hutan pun hutan lah.asalkan aku tak jadi orang utan..kikikiki..Perjalanan ku ke Mukah penuh dgn ranjau yg berliku.cewaaahhh...ye lah...dari KK kulim..aku kene balik johor dulu.angkut segala barang2 peribadi.aku ni dah mcm bawak lori yg sarat dgn barang2.org dok perati jer...kete mengelip dari jauh.bile dekat tgk dh mcm tokey pasar malam.aku wat dono je lah...yg penting aku sampai di johor dgn selamat.Sampai umah...mak aku mengekek gelak tgk kete penuh sendat dgn brg.hehehe...

Sebelum bertolak ke Mukah..kat air port sempat lg aku posing dgn adik aku yg kecik cenonet ni.walau sbnrnya ade peristiwa yg tdk diingini berlaku kat air port...uwaaaa...aku tanak ceter.tak syok...huhuhu....flight aku dari JB ke kuching....sampai kuching kul 8.40 mlm.nasib baik la ade sahabat ku mia.leh la tumpang umah dia.kalu x...mesti merempat aku kat air port kuching.pastu esok pagi aku teruskan perjalanan ku ke sibu.aku tak dan nak amek gmbr la.sbb penat sgt.nak angkut beg yg berat mcm bwk peti besi berisi emas.huhu...sampai kat sibu plak..aku naik teksi menuju ke jeti.aku tak naik bas.sbb ngeri la dgr diorang ceter.jalan ladang yg telah byk meragut nyawa si janin.dan...jalan yg bole membuatkan tudung kita terpusing 360 darjah.eeeeee....aku lom bersedia nak melaluinye.baik aku naik bot.hehehe....

Di jeti sibu...aku naik speed boat yg akan menjuju ke dalat.perjalanan mengambil masa kire2 2 jam.perghhh....mencabar sungguh.dah mcm hoping island..tapi masalahnya...banyak giler kayu kat sungai tu.kalu langgar bole bocor bot.dah la safety jaket xde.penumpang penuh lak tu.siap kat atas bumbung pun penuh.aku rasa nak mcm kat india plak..penuh penumpang atas ketapi...aku tawakal je lah...nasib baik la pilot speed bot ni tere.dia siap buat lap lg tu...nak elak kayu...pastu siap leh bediri plak.cewahh..aku tak kisah la ko nak wat gaya ape...kuak kupu2 ke...kuak beruang ke...yg penting aku nak selamat jer....sepanjang dok dalam bot tu aku hanya leh dgr je diorang sembang.dlm bhs melanau.kejap2 aku sengeh...mcm org paham la...tp diorang lebih faham rupenye yg aku tak faham.pastu diorang pun ckp la campur2 spy aku leh faham....hehehe..dari situ aku pun tau la sket2 sejarah sungai tu.....dan akhirnya.....aku sampai juga di jeti dalat...di situ...husband ku yg tercinta telah menunggu...hehehe....alhamdulillah....

ha...ini kiki dan didi.teman aku waktu husband aku 2 minggu g induksi...sonok tgk depa ni.depa jugak la kawan aku bercakap krn kesunyian tak dak geng.huhu...comey kan??tp depa ni dah jadi arwah pun.sbb kiki n didi sakit.eh silap...arwah kiki sakit.tersedu2 aku tgk arwah kiki mati.pastu tinggal didi je sorang.eh silap...sekor.pastu didi pun menjadi arwah.mgkin sbb sunyi tade geng.arwah didi pun jatuh sakit gak..huhuhu....pergi tanpa pesan kpd ku....wasiat pun xtinggal.zuriat jauh sekali.....huhu....tak dapek den nak selamatkan.aku mane reti nak rawat haiwan...huhuhu....

emmm...so far...seronok gak kat sini..(ala..utk menyedapkan hati jer!)sbb mungkin aku akan berada disini utk 3 tahun..atau...mungkin 4 tahun...tapi bukan utk selamanya...huhu...tak ape lah...dimana bumi dipijak...disitu disitu langit dijunjung..(wah kuat giler aku nak junjung langit!nak junjung brg pun menggeletar lutut!hehe)

Ini aku yg paling latest.dok kat kedai makan tepi laut...sambil menghirup udara segar.setelah beberapa minggu menghirup udara jerebu.huhuhu...tp alhamdulillah semua kembali sepeti sedia kala...

emmm....ape kabar wahai pelajar2 di kolej komuniti kulim??semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat.Macamane ngan pointer yang lepas?harap2 semua dpt pointer yg bagus2.ape2 pun teruskan belajar....jangan putus asa bagi yang kurang cemerlang.kegagalan bukan bermakna awak akan gagal untuk selamanya.tapi kegagalan adalah titik permulaan kepada kejayaan.so...jgn tension2 k.....all the best to you...utk semua staf di kk kulim...miss u all...so muuuucchhh...huhuhu
"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA WARGA KK KULIM DAN SELURUH UMAT ISLAM, SEMOGA IBADAH DIBERKATI OLEH ALLAH SWT.MOHON MAAF ATAS SEGALA SALAH SILAP. CERIA-CERIA SELALU.JGN BUAT DOSA YER!"

Tuesday, May 19, 2009

+ pesal dia (ira) ni suke tag aku ek? minat sgt kat aku ler tu.hihi..+

1. Bekas kekasih saya adalah
~ Bekas gigitan afif di bahu ku...hahaha...(tu baby la!)

2. Saya sedang mendengar
~ Lagu bidadari~KRU..hehe..my pebret song...sejak2 darjah 6 lg....mmg minat giler la...

3. Mungkin saya patut
~ reply ym kak liza.....dari tadi asyik ting tong je tu...dia bosan xde org dlm bilik PSH..haha...

4. Saya suka beli
~ Kentang goreng MCD kat sbrg jaya (tmpt lain xbest!)...yamiiii...cedapnyer...telan ayaq liur...

5. Sahabat-sahabat baik
~ sape2 yg tidak mengkhianati persahabatan itu sahabat ku...hihi...

6. Saya tak paham
~ Nape ada org suke tipu org lain...padahal dia sendiri tak suke ditipu....pelik....tak paham tol!!!

7. Saya kehilangan
~ pengarah & KJ minggu depan....uuuwaaaa...tak syoknyer.....

8. Ramai yang berkata
~ ko ni lawak la.....sengal pun ye gak...hahaha....

9. Makna nama
~ Faizah = Kejayaan, Hani = Yang tenang

10. Cinta itu adalah
~ Fitrah semulajadi anugerah Ilahi.....sangat indah jika kita tahu menghargainya....

11. Di suatu tempat
~ Di depan kolej aku nih, aku tengok kiri dan kanan, cari kot2 ade cucu kak nab.....kalu ade mmg aku x turun dari kete...tunggu sapai depa anak beranak blah baru aku turun dgn selamatnyer...hihi...

12. Saya akan
~ cuti lagi....3 hari...untuk seseorang yang sgt istimewa...hihihi....poyo!!!

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
~ Forever.....

14. Telefon bimbit saya
~ K660i (cabuk jer....)

15. Bila saya terjaga dari tidur
~ Bangun....tutup kipas....tgk jam....ah awal lagi....tarik selimut....

16. Saya paling meluat apabila orang
~ suka cakap tak serupa bikin......cakap mcm bagus jer....blah la......

17. Pesta/Parti adalah
~ Parti Islam Sedunia....(PAS...hahaha...) atau pun suprise parti ira....hihihi...

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
~ CJ7......eeee...tomeynya....eh bkn haiwan ek?silap la plak.....emmm cucu kak nab..wakakaka....yg paling comel skali adalah anak kucing yg jatuh dlm longkang blkg umah....cutenyer dia menggigil sejuk....cian dier...

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
~ awal 20-an.Masa kat Poli PD...mmg syok giler....kwn2 sume same2 giler...hehe....diorang de best.....

20. Hari ini
~ Aku rasa cam tak best...tak syok...tak tau nape la....lamanyer nak tunggu 30/6 huhuhuhu....

21. Malam ini saya akan
~ Lipat kain yg basuh arini....kemas2 meja yg berselerak....tgk tv...mkn nasi lauk sardin yg ira masak....dan tido dgn senyuman....hehehe..

22. Esok pula saya akan
~ Paksa ira p klinik gigi...sbb gigi dia dah kronik.....degil dak tu...eeeee....

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini...
~ alamak....krim dah abes...lupe lg nak beli..tak pe.pakai bedak je lah.....

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan paling best ialah
~ Pasaraya khalis..hehehe...nape best.sbb dia bessssttt.....hahaha...dekat je ngan ban you....

26. Makanan Barat atau Jepun
~ sibuk je ira tu.....MCD jugak...tak kire!!!

27. Bilik yang terang atau gelap
~ Malap2 ala lampu nak abes bateri....waaaa...romantiknyer...hehe...mmg tido ngan lena...tp gelap ke terang ke...kalu dah ngantuk..aku belasah tido jer.....

28. Makanan segera adalah menggemukkan
~ Gemuk ke?entah...tgk ira tak gemuk pun...hehehe....entah....bkn salu pun mkn....

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
~ Alamak...kene jadi mc....saya tak reti la nak mengharmonikan majlis...ira pandai...hehehe....

Friday, May 8, 2009

^^ Perubahan Besar Di Kolej Komuniti Kulim ^^

16.06.08 adalah tarikh keramat di mana aku memulakan tugas di Kolej Komuniti Kulim.huhu...terlalu ngilu hati aku bila memandang keadaan kolej yang sekangkang kera...."ya Allah...kolej ape ni?cenonetnyer?" hati aku ckp...bkn nak hina.tp mcm tak sangka la...ade jgk kolej yg comey mcm ni.hihihi....ye la..sblm ni aku praktikal kat politeknik yg beso.kalu xbeso pun tinggi...sekali dpt yg kecik mcm ni..kire aneh la sket...tapi oleh kerana ini adalah posting pertama ku...so aku gagahkan diri...aku kuatkan hati dgn niat yg satu....iaitu bertugas kerana ALLAH!!demi mencari rezeki yg halal.pastu.....aku bertugas la mcm biasa.....2 minggu yg terawal terasa sgt buhsan.huhu...mmg perasaan yg sangat tak best la."camne la aku nak teruskan keje kat sini ni??bole ke....tak best nyer......"huhu....dari hari berganti hari...berganti minggu...berganti bulan...aku dah bole sesuaikan diri.kerana ada orang2 yg membuat aku dan ira seronok bekerja di sini...hehe...mereka2 ni bukan org lain.ofismate yg menjadikan kerja kat tmpt cenonet ni mmg syok dan best.masuk plak pelajar2 baru yg happy go lucky....makin seronok aku di sini.seronok dpt mengajar mereka...dan aku sendiri merasakan yg aku tak pernah melayan pelajar sebelum ni dgn begitu akrab seperti aku melayan pelajar di sini.mereka juga yg membuatkan aku seronok berkerja di sini.bak kata bos aku "kerja yg penting adalah happy"ape yg penting?kerjasama...hehe....pastu dtg plak bos baru yg kedua...aku memula mcm risau dpt bos pempuan...tapi..alhamdulillah..bos aku ni mmg best...sporting dan menjaga kebajikan kami sbg staf.ya Allah...mmg susah la aku nak dpt bos mcm ni.aku tau.....aku terlalu hargai dia.walau dia melayan kami seperti adik2 dia...tapi sebagai anak buah..aku tetap menghormati dia.She's the best....Tapi.............................

Akan datang akan berlaku perubahan yg amat besar dalam pengurusan dan pentadbiran Kolej Komuniti Kulim.....sebahagian ketua dan bos akan bertukar dan naik pangkat.sebahagian besar pensyarah yg lain juga bakal ditukarkan ke tempat lain.pelajar2 yg dulunya membuatkan aku gembira utk bertugas di sini juga akan keluar menjalani latihan industri....ya Allah....kebanyakan kekuatan ku di sini semua bakal keluar....tak syoknyer....mujur la pelajar2 yg baru masuk sem lepas juga pelajar2 yg baik2 dan ceria...tak la sunyi sgt kolej ni nanti...huhuhu....pengurusan dan pentadbiran juga akan bertukar.Jika dulu aku selesa bekerja di bawah bos yg sekarang..aku bakal bersedia utk bertukar corak pentadbiran bos yg baru kelak.adakah kebajikan staf akan terjaga seperti skrg???aku harap begitu lah.....tapi yg pasti....aku sedih....sedih la camni....uuuwaaaaaa......tak bestnyerrrr......huuhuhu.....

Monday, May 4, 2009

....Pelajar Oh Pelajar.....

Penilaian pensyarah yg telah diadakan benar2 menunjukkan pelajar zaman skrg ni tau menilai atau saja2 nak hentam pensyarah....Markah yang diberikan ada yg tidak munasabah langsung.....(Hemmm....mmg sah hangpa nak hentam kami!)..Adakah ini yg dinamakan pelajar yang tahu mengenang budi???Inilah luahan hati sebahagian besar pensyarah KK Kulim.....

Dulu...waktu aku belajar di Poli dan di Universiti...Aku cukup segan dengan pensyarah aku.Kalau jumpa atau terserempak dgn mereka....kalau bole kepala ni di sorokkan...mmg aku nak sorokkan.mcm kure2 tu....sebab rasa malu dan hormat pada mereka...Tapi pelajar skrg???Kami tak kisah pun...tak mengharap la yg pelajar akan sorok muke dlm baju....tp cukup la sekadar pelajar menghargai segala usaha kami utk berikan yg terbaik utk pelajar semua. Di sini....sebenarnya kami terlalu banyak berikan pelajar kesenangan....Nota kami beri.....tlg photostet lg....kalau tak dtg kelas kami cari....siap ada pensyarah call lg..."bedot...kenapa xmai kelas?"....assignment anta lewat..."emm...xape"tu aje yg lec jwb...tak pun "sy tolak markah awak yer awak anta lmbt!"...walau sbnrnya gertak aje....bkn tolak pun markah tu(tak sampai hati!!)....waktu belajar...kalau student ngantuk...bagi gule2..bg cekelat....nasib baik tak bagi bantal skali....kalau lec pegi bercuti..atau pegi kursus ke...pegi meeting ke kat memane....balik bwk ole2 utk student.....sbg tanda ingatan kat mereka....seronok tgk depa seronok!!Bila ada kelas malam..siap suruh driver p amek.....sape yg perlukan transport.....bila pelajar ada masalah...pensyarah akan cube mencari jalan penyelesaian....satu lagi yg pelajar tak tau...pensyarah2 ni dah berbincang....program ape nak buat utk pelajar2.....lawatan ke mana nak bawa pelajar...sebab kesian kat pelajar....kesian pelajar kita tak kemana2.....(kami bukan mengungkit!tapi ini lah realiti...yg kami xpenah dpt dulu waktu belajar!)

TAPI....pernah ke pelajar2 ni kesian kat pensyarah2??pernah terfikir ke ape perasaan pensyarah?bile mereka menjawab dengan suara yg kasar....bile disuruh buat kerja tak mahu buat....bila di beri tugasan selalu merungut....bile jawab kuiz atau test selalu mendapat markah yg rendah....bila membuat penilaian pensyarah..memberikan markah yang tidak sepatutnya kepada pensyarah yg banyak berkorban......ini kah dia pelajar yang mengenang budi???Penilaian pensyarah bukan dibuat utk suke suki.....saje2 untuk ditanda sbg gurau2.....bole tanda 3..tanda 2...tanda 1.....kalau betul itu kelemahan kami.tak pe lah....tapi mmg tak berbaloi!Adakah kami berpakaian yg tdk sesuai semasa pengajar??itu pun dpt markah rendah....kelakar kan???sebenarnya markah itu akan direkodkan dalam rekod perkhidmatan yang akan dipegang sampai mati!!!so.....?faham2 lah......pelajar tak pernah tau mcmne gelabahnya pensyarah bila buat markah PB pelajar...tiba2 pelajar tu markah tak cukup utk melayakkan dia utk ke final exam...hehe..ingat saje2 je kami nak biar pelajar tak masuk exam??kami tetap akan berusaha utk melayakkan mereka.......berusaha mencari markah yg bole membantu pelajar....tapi pelajar menilai pensyarah????hemmm...fikir lah sendiri.....

Pelajar2 semua....kalau nanti diizinkan awak semua pergi melanjutkan pelajaran...dan awak berjumpa pensyarah yang lebih baik dari pensyarah KK Kulim....memang ini semua salah kami yg tak pandai mendidik pelajar semua.....atau terlalu memanjakan pelajar....dan ingatlah!!!Pensyarah umpama guru yg mendidik pelajar semua.Keberkatan ilmu yang dipelajari adalah dari doa guru terhadap pelajar nya.....