Sunday, May 3, 2009

~ Kisah lelaki tua dan 3 orang anaknya ~

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben.

"Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben?

"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap.

"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis.

"Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Anis?

"Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga.

"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Amsal.

"Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang.. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.."

Lalu Amsal menjawab.

"Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek.

Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun. Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI.
Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA, Anis ialah ANAK-ISTERI, dan Amsal ialah AMAL-SOLEH.Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).

Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ini jangan lah lupa dengan akhirat dan rukun Islam yang lima . Sama-samalah kita mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Thursday, April 30, 2009

** say Cheeeeeeeese....klik klik **

"Cepaaaaaaaaaaaaat turun!!!nape yg lmbt sgt tu?panas ni...." Ade sorang aweks yg terjerit2 dari bwh menunggu model2 turun.hahaha.....maklum la....puteri2 lilin ni takut caiyak kene panas...Baru 10.30...tapi panas masyaAllah....depa semua ni kene dera..berjemur kat panas...kesian....hehe..tp bukan la lame sgt...2 minit jer..."okey...ready semua..senyum!!!tangan letak elok2....kontrol jiwa!eh silap...kontrol macho...."KLIK!.....skali lagi....KLIK! dua kali klik jer....dah siap dah...hehe...bukan selalu pun nak merasa sauna original....hehe..leh la gugurkan peluh2 yang byk terkumpul kat dlm badan tu...hehe...neway...thanx to all my students for ur coorperate...ini yg pertama dan mungkin yg terakhir...(mane nak tau kan!ajal maut di tangan TUHAN!) utk kenangan kita bersama....So keep in touch our sweet memories......LOVE U ALL...hihihi

Monday, April 20, 2009

** i'm looking for this guy **

Sape-sape yang terjumpa this guy..plzz return back to me....Puas dah cari merata2...kat ceruk2 semenanjung mesia ni....dlm peti ais pun cari...tapi tak jumpa....uuuwwaaa....kat mana nih??nape tade??Rupanya dia kat MUKAH sarawak.hehehe....now he is working at Politeknik Mukah as a lecturer. Berada jauh dari ku tak bermakna jauh di hati. Yang penting jujur dan saling mempercayai....Masa ni lah nak melatih diri untuk memahami di saat berjauhan....sbb dgn hasutan syaitan..kita mungkin berprasangka yg bukan2 jer ttg dia.....Its a little bit hard being too far with my hubby....but its ok for me....i wish to be with him....one day.....hope so....amin....

Haaaa....SAPE TAK SEMBAHYANG???

ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ………

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi ..Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran" . Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam……Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Orang yang tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam "sepenuhnya" kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

:: 7 Ayat CINTA ::

Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahma nnirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquatai llahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya...amalkanla h selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Thursday, April 9, 2009

alhamdulillah.....lega rasa hati....

"Alhamdulillah......" satu tanggungjawabku telah selesai...menegur apa yg patut kepada mereka yang bergelar student...yg telah ku anggap seperti adik2 ku sendiri....seperti anak2 ku sendiri...(walaupun ku belum ada anak lg.hehehe..)

Semoga selepas ini....kalian akan bertambah erat. Buang yang keruh, ambil yang jernih...kita sama2 perbaiki diri....setiap masalah pasti ada jalan keluarnya....sengketa yang kita cipta..kita juga lah yg meleraikannya.....

~ Hidup ini indah.....jika kita tahu menghargainya..... ~

Tuesday, April 7, 2009

~ S0rRy tO aLL mY sTuDenTs ~

Bila hari sukan menjelma....tiba masanya utk dua org lecturer menjadi kelam kabut yg maha dasyat....sebab waktu ni la kerja datang bertimbun2....tugas mengajar sudah semestinya...tugas sampingan menguruskan sukan..itu pun tak bole lari....tugas lain yg kene pikul...jgn kata lari...nak beganjak kaki pun tak leh....mcm tu la dilemma kami semua lecturer yg ada...

Sebenarnya kami sedih sbb tak mampu untuk sediakan yg terbaik utk pelajar semua jalani latihan sukan sebagai wakil kolej....kita semua mahukan yg terbaik...tp dari segi kemampuan..hanya ini lah yg terdaya kami lakukan....

Harap sgt semua yg terlibat dalam sukan akan faham..dan mengerti akan kekalutan kami ni....kita hantar awak semua bukan semata2 utk kalah atau utk tanggung malu...Kami faham awak semua kurang latihan...kekalahan kita bermaksud bukan rezeki kita..kita dah usaha yg terbaik...Kita bukan org yg menyerah kalah...betul?? Kerana itu lah...walau kurang mana pun latihan kita...kita tetap berjuang...demi membuktikan keupayaan kita.

Walaucamne pun....saya dan cik ira berbangga dgn semua pelajar yg terlibat kerana berusaha dgn sebaiknya utk menjayakan sukan kita ni....Thanx to all of you...becoz we did the best....walaumcne lemah pun kita....."berpantang maut sebelum ajal"..kita buktikan yg "kita boleh" walau kita serba kekurangan...hehehehe WE LOVE YOU ALL....